Friday, December 18
Friday, December 11
"cerita kita - 2"
Tuesday, December 8
"cerita kita"
bulan lepas aku telah menghadiri satu bengkel,
pastinya anjuran MFD,
pada aku bengkel ni adalah
semata-mata nak abiskan duit jer...
hehehe,
takpelah,
at least dapat jugak jumpe budak-budak nih...
so adalah beberapa perkara yang dibincangkan,
tapi tak de kata putus...
biasalah...
kemudian adalah satu sesi yang berlangsung,
nama sesi ni adalah,
'sesi bersama HR'
aku tunggu sesi ni je dari mula,
banyak benda aku nak tanya,
kemudian soal dikemukakan,
dan
jawapan pun diberi,
tapi,
jawapan yang diberi
langsung tak bertepatan dengan soalan,
antara solan yang aku tanya,
" kitorang ni takde EPF @ socso ker,"
aku tujukan pada puan HR,
tapi orang lain pulak jawab,
aku pelik dah,
seraya berkata dalam hati,
"dia ni HR ke"
ermm,
tak pe lah,
ah
lupa nak inform,
orang yang akan menjawab nih orang panggil dia datuk
ntah tak tau la,
Dato' @ datuk,
Kemudian,
datuk ni pun menjawab,
dengan penuh yakin dia berisyarat,
"ok, akan datang bila MQA siap sudah,
nanti kita uruslah,
nanti JPA tolong urus,
kalau semua masuk JPA senang,
semua ada”
dengan bangganyer datu ini menjawab
aku membalas,
“itu akan datang, sekarang macam mana?
Kalau tak de susah ler,
Contoh kalau keluar pegi wat task,
Accident,
Mati pulak tu,
Mati katak jela ni”
Maka si datuk ni pun tersenyap,
Arakian PA datuk ni pun tolong menjawab,
“alah nanti kalau potong EPF n Socso,
Kata gaji tak cukup pulak”
Datuk pun menambah lagi,
“takpe, borang kontrak ada dua,
satu ada EPF n satu lagi takde,
pilih jela”
“so sekarang yang sign kontrak
tapi EPF n Socso tak de
ada perlindungan insuran tak?”
aku bertanya lagi.
Senyap...........
Seusai bengkel,
Aku bertanya pada puan HR,
“kak, ada ke borang yang ada potong EPF?”
Puan HR ni pun menjawab dengan jujurnyer,
“takde pun”
...
Dan satu lagi tambahan,
Untuk pengetahuan korang,
Sebenarnyer,
Elaun RM 600 yang MFD bagi tu
Sebenarnyer adalah
Dari
JKMM,
Dan itu adalah geran tahunan
Yang JKMM bagi pada MFD
Untuk bayar elauan JBI...
Saturday, December 5
Lain harap, lain dapat...
Monday, November 30
salam idul adha...
Sunday, November 22
Monday, November 16
khas untuk mereka yang dipanggil ana....
Friday, November 6
Thursday, November 5
Monday, November 2
Sesudahnya...
meninggalkan arwah ibuku...
meninggalkan bapaku... meninggalkan keluargaku...
hanya untuk ke sini...
negeri orang yang senantiasa tidak begitu selesa untuk di tinggalkan...
tetapi...
aku lebih rela menharung semua ini...
dari...
terus menjadi...
apa yang aku tidak ingin jadi...
tapi keredhaan adalah segalanya...
terima kasih semua...
al-Fatihah untuk emak, abah,adik beradik aku, kengkawan aku, rasul2 aku, nabi2 aku, dan semua hidupan di daratan mahupun di lautan...
aku sayang semua...
Friday, October 16
29 syawal 1430
pohon jutaan maaf atas segala-galanya...
selamat tinggal...
Tuesday, September 8
Sunday, August 30
sesat
sesat untuk meneruskan hidup...
bangun pagi niat untuk bekerja sudah tiada...
aku sesat dalam diriku sendiri...
apa sebab sesat ini...
tidaklah aku tahu pangkal hujungnya...
tapi yang pastinya...
aku telah sesat...
bantulah aku keluar dari kesesatan ini...
Tuesday, August 18
ROMLAH THE UNTOLD STORY
“I do not know her,” said the old black sheep. “Who is she?” said the others. So the mystery of Romlah is still a mystery. Romlah 16 years was an old sheep with no identity. All the villagers do not know who she is. But when I was young, she was so popular among the sheep and goat.
The mystery of Romlah starts when she appeared in the middle of war in 1969 but she disappeared in 1979. Her appearance were attracted all the sheep and goat in the village, not only the young goat but the kid, widower and the married sheep. All the female goat and sheep were very jealous with her but they cannot do anything because Romlah did not do anything to attract the male.
Romlah likes a noble sheep. She just went out when she need. She lives in the little old hut near a bush. She just ate the vegetables that she plant around her hut. All the villagers do not know who built her hut and the vegetables garden but after Romlah stayed in the village all the plant in village grow very healthful. Nobody knows how it is happen. After 1979, the mystery began again; Romlah is disappeared without a trace.
ini adalah salah satu assigment yang dibuat khas untuk puan Asiah...hehehehe
Thursday, July 30
Tanggungjawab tetap satu tanggungjawab
Semalam saya berpeluang menemuduga seorang lelaki berusia awal 40-an bagi satu jawatan kosong. Tak perlulah saya jelaskan apakah jawatan yang dipohon. Tujuan saya membawa kisah temuduga tersebut ke dalam sesi perbincangan kali ini ialah untuk saya dan pembaca semua merenung dan meneladani kisah lelaki ini agar dapat dijadikan panduan dan iktibar. Lelaki ini asalnya dahulu adalah seorang yang amat berjaya. Tika berusia di awal 30-an beliau telah berjaya menempa nama sebagai boss paling muda antara firma-firma yang ada di seluruh negara. Dalam apa juga perancangan, segalanya akan berjalan lancar dan menggembirakan hati big bossnya. Namun, panas pagi tidak kekal ke petang, hujan tiba-tiba turun di tengahari. Itulah hakikat yang terpaksa diterima dan ditelan oleh lelaki ini.
Sejak tiga tahun lalu, beliau tidak mempunyai pekerjaan. Gara-gara kegawatan ekonomi dan kegagalan big bossnya bertindak dengan cepat dan tepat, beliau kini menganggur. Hanya sesekali membuat kerja sambilan.Bila ditanya kenapa beliau memohon jawatan yang ditawarkan kerana bagi saya, dengan pengalaman dan kelayakan yang ada, lelaki tersebut berhak mendapat yang lebih baik. Jawapannya cukup membuatkan saya kagum: ”Terus terang, saya nak dapatkan satu pekerjaan yang berpendapatan tetap dan mampu menyara kehidupan saya sekeluarga”. Mungkin ada yang pelik, apa yang nak dikagumkan? Memang semua orang akan memberikan alasan yang sama untuk mendapatkan pekerjaan. Ya, saya akui. Semua orang yang inginkan pekerjaan akan memberikan alasan yang sebegitu tetapi perlu diingat, tidak semua orang seperti lelaki tersebut: sanggup menjawat jawatan yang tidak setaraf dengan kelayakan dan pengalaman semata-mata ingin mendapatkan sejumlah pendapatan yang mampu menyara diri dan keluarganya. Saya yakin, ramai di kalangan pembaca yang pernah bersua dengan kes-kes lelaki yang enggan bekerja semata-mata kerana pekerjaan yang diterima tidak setaraf dengan kelayakannya.Perlu diingat! Sebagai seorang lelaki, anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas diri anda apabila anda dikategorikan sebagai mampu berdikari. Mampu berdikari bererti anda telah cukup umur, tidak terikat dengan tanggungjawab untuk belajar yang selayaknya dan boleh menggunakan tulang empat kerat anda untuk mengadakan hidangan untuk disuap ke mulut anda sendiri.
Bermaksud, apabila anda telah tamat pengajian, anda wajib melakukan apa juga jenis pekerjaan yang dapat memberikan hasil agar anda mampu mengenyangkan perut anda sendiri. Bukannya masih mengharapkan keringat ibu bapa anda untuk membasahkan tekak anda. Bukan juga mengharapkan duit daripada ibu bapa anda untuk mengisi minyak motosikal atau kereta, untuk membeli minyak rambut atau rokok atau apa sahaja.Apabila anda telah berkahwin, tanggungjawab anda juga bertambah.. Jangan menyangka apabila anda mempunyai isteri yang mempunyai pendapatan tinggi atau berasal daripada golongan orang berada, anda tidak perlu lagi mengambil kisah tentang makan minum, pakaian dan lain-lain kebajikan isteri anda. Terus terang, masih ramai lelaki yang enggan menerima hakikat yang satu ini: bahawa mereka turut bertanggungjawab ke atas isteri yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Sebaliknya masih ramai juga lelaki yang beranggapan bahawa jika si isteri bekerja, segala pendapatan isteri adalah hak mereka, konon kerana mereka mengizinkan isteri bekerja. Malah, ada juga mertua yang beranggapan demikian. Pendapat sebegini adalah pendapat yang salah dan mengikut nafsu semata.Hakikat yang pasti, pendapatan seorang isteri adalah hak isteri sepenuhnya walaupun si isteri bekerja dengan izin dan redha suami.
Jika suami menginginkan walau sesen pun hasil pendapatan isteri maka ianya adalah dikira sebagai hutang yang perlu dijelaskan walaupun isteri tidak menuntut. Kenapa? Kerana suami TETAP BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA KE ATAS DIRI ISTERI DAN ANAK-ANAK WALAUPUN SI ISTERI MAMPU MENYARA DIRI SENDIRI DAN ANAK-ANAK. Sebagai suami, anda perlu menyediakan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal yang selesa untuk isteri dan anak-anak. Anak-anak pula wajib diberikan pendidikan dan pembelajaran yang secukupnya.Ingatlah wahai lelaki, tidak ada alasan untuk anda melarikan diri daripada tanggungjawab kerana tanggungjawab anda tetap satu tanggungjawab yang tidak ada rukhsah atau pengecualiannya.
adaptasi dari kengkawan yang lain...
Saturday, June 27
BLOGGERS DAN GOBLOGERS
Friday, May 22
Lambaian Sukma
Lambaian sukmaku berlagu membisik
Tanpa suara namun berbicara
Aku dan kekasihku
Air mata menitis
Air mata menitis di malam kudus
Bimbang nak berpisah resah gelisah
Aku dicoba
Terangilah jalan
Terangilah jalan sampai ke sana
Bukan angan-angan
Bukan angan-angan yakin perasaan
Lambaian sukmaku
Lambaian sukmaku mencipta rindu dendam
Namun dendam itu untuk engkau satu
Wajah sayup ayu
Terangilah jalan
Terangilah jalan untuk ke sana
Bukan angan-angan
Bukan angan-angan ku yakin perasaan
Lambaian sukmaku
Lambaian sukmaku mencipta rindu dendam
Namun dendam itu untuk engkau satu
Wajah sayup ayu
Kerana engkau
Kerana engkau aku berkelana
Tuesday, May 19
menantu mejar..
aku masih ingat kata-katanya pada pertemuan yang lepas,
"bukan aper lid, aku dah tulis 3 tahun dah, habis dah idea"
Wednesday, May 6
MENGAPA POMPUAN MENANGIS
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada
ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " >"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan
bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya
" tempat dimana cinta itu ada."
Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda
kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah
Wanita.
Jika Anda lakukan, Anda akan menambah
harga diri wanita!
Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki,
supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali..bukan pada kecantikan luaran semata-mata Selami lah hati wanita mu..dan ingat lah...Setiap Wanita itu Cantik.tetapi, jika wanita itu tidak mengalirkan airmatanya, bermakna dia sedang menangis dlm hatinya
" Neva Love A Love That Hurts , Never Hurt A Love That Loves "
Tuesday, May 5
AADK
Tuesday, April 21
Monday, April 13
Saturday, April 11
Tuesday, April 7
DALAM KENANGAN
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian
Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan
Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan
Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan
Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan
**KHAS UNTUK SEMUA KENGKAWAN YANG DIRINDUI**
Monday, March 30
PULANGLAH.....lagu lama nih....
saujana luas terbentang,
dedaun menghijau dan melambai,
sejuknya mata yang memandang,
di kampung indah pandangan.....
kicauan burung keriangan,
damainya meresap dalam jiwa,
walaupun masih di rantauan,
resah rindu tetap ku rasa...
anak punai terbang tinggi,
terjatuh pula di tengah laman,
hatiku sepi menati,
rindu mengenangkan kawan,
yang berada di selatan....
kelopak usiaku semakin melayu,
kupendam di kalbu bilakan bertemu,
terkadang terdengar sorakan gembira,
dengan kawan lama yang sama usia,
indahnya....
keindahan kemakmuran DARUL TAKZIM menjadi gelaran,
dengan usaha kepimpinannya,
kini JOHOR telah berubah.....
Tuesday, March 24
Aduhai Kasih! Aduhai
Biar malam mentertawakan aku
Biar habis badanku dimamah rindu
Namun membiarkan ingatan ku luput
Dari mengenangmu
Itu sama sekali takkan ku lakukan
Habis apa lagi yang harusku hadapi
'Tuk memiliki jiwa sepertimu kasih
Dalam seribu tak bisa ku temu
Sejuta hanya satu
Mimpikah aku kali ini
Bukan semudahnya
Ku berkata cinta
Jika hati tak tersentuh
Bukan semudahnya
Melepaskan dunia
Jika jiwa mencipta tembok kepalsuan
Aduhai kasih! aduhai
Sambutlah, sambut tanganku
Tak ingin hidup/terlepas dalam kekosongan
Aduhai kasih! aduhai
Sambutlah, sambut cintaku
Tak ingin terlepas
Tak kesampaian
Monday, March 16
Hijab Kekasih
Thursday, March 12
Wednesday, January 28
praktikalku 3 Bulan jer...
Friday, January 16
Ketololan Berganda...
atau kau yang tolol?
awal tahun kata poli...
2hb kata jb...
9hb kata tangguh
14 kata kota tinggi
16hb kata jb...
penar r
duit kalau kau nak bagi
tkpe la
ni satu hapak pun takder
tak leh pakai tol
kambing tol korang nih...
kotololan korang nih
dah dampai tahap apa ntah
nak cakap pun tak tau dah
yang penting korang tolol...
dan sebab korang tolol
aku pun terpaksa la
pura-pura tolol
biarlah korang je tolol
tak hingin aku ikut jadi tolol...
datok tolol ke...
cikgu tolol ke...
doktor tolol ke...
aku tolol ke?
ketololan berganda ini tidak terjawab
sampailah yang tolol menjawabnya...
Wednesday, January 14
Bermulanya Epilog...
permulaan sudah bermula...
pelbagai masalah yang timbul...
kawan-kawan kalau kita bersatu...
tiada apa yang dapat jatuhkan kita...
macam kata WONDERPETS...
'apa yang penting?'
...KERJASAMA...
Tuesday, January 6
assalamualaikum...
tapi...
semua umat yang menggelarkan diri mereka ISLAM...
hanya memandang...
hanya mendongak...
hanya mengiya...
tiada sekatan...
bedilan demi bedilan...
mati demi mati...
darah demi darah...
kita hanya melihat...
hantarlah batu...
jangan hantar bantu...
itu kata aku...
tapi kata mereka...
jangan hantar batu...
tapi hantarlah bantu...
al-fatihah...
untuk semua yang terkorban...
liga arab kata, kami usaha...
zionis kata kami usaha...
pak lah kata, kami usaha...
berusahalah...
Thursday, January 1
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH N TAHUN BARU OMPUTIH...
tiada apa yang perlu diperkatakan...
yang lepas jadikan kenangan dan tauladan...
akan datang ciptalah impian...
sebagai manusia...
aku sayang kepada mu...