Monday, July 18

TERLALU HAMPIR

hidup mati,
Allah yang tentukan,

jiwa ini bakal dihadiri dengan suri,
suri yang akan saling menyempurnakan,
layakkah aku menerima suri itu...

penuh dengan noda,
banyak dengan nista,
harap suri boleh bantu mengurangkan...

apa pun aku tetap mengharap redha Allah...

Monday, April 4

MENGUNGKAI KICAUAN BURUNG

Duduk memuji Allah,

“apa kata burung tu?”

Suara halus merdu menyapa,

“hari ni cerah, insyaAllah…”

“aku insan yang penuh dengan kekhilafan,

Maafkan aku,

Ampunkan aku,

Ya Allah…. ”

Hati terus berkata-kata….

Wednesday, March 30

hujan



mencari makna disebalik titisan hujan,
semakin mencari semakin tenggelam...


Wednesday, March 23

lagu nespray



sayalah permata,
anak kesayangan,
kebanggan ayah dan ibu,
saya dibesarkan dengan kasih sayang,
hanya yang terbaik untukku,
menjadi harapan di masa hadapan,
sayalah anak yang cemerlang....

Tuesday, February 22

UNTUK SEORANG IBU

Ibuku mengapa engkau menangis
Apakah yang kurang
Walaupun ayah telah tiada
Itu tak bermakna akhirnya hidup kita
Ibuku tenangkanlah hatimu
Kerana suria akan pasti menjelma
Usia mudaku tak menghalang diriku
Untuk membela dirimu

Ayahku walaupun engkau gugur
Kerana Pertiwi
Namun jasamu ku kenang selalu
Ku mahkotakan ke puncak cemara
Nanti bila aku sudah dewasa
Ingin ku menjadi pemimpin negara
Akan ku bela nasib kita
Itulah sumpah anakmu

Dari itu hentikan tangisan
Pandanglah masa depan
Betapa aku cinta padamu
Pelukanmu menguatkan semangatku
Duhai ibuku dengarkanlah lagu
Untukmu

Sunday, February 6

pergi...


menghukum diri kerna dosa lalu,
aku perlukan kekuatan.

dunia ini terlalu menyesakkan,
aku ingin pergi,
jauh dari dunia yang penuh kalut.

izinkan aku menghadap Mu,
mencari cara,
menghapus dosa lalu...

Tuesday, January 18

29

29 sudah,
masih mencari,
macam tak der erti.

29 sudah,
dosa boleh tahan,
pahala sikit,
sikit lagi nak mati.

29 sudah,


29 sudah,
kepada Mu ya Allah,
aku bermohon,
diperluaskan rezeki,
dipermudahkan amalan,
sentiasa dalam keredhaan Mu.

Sunday, January 2

aku nak jadi IMAM



aku tetap mengharapkan redha Allah
kerana redha Allah, aku masih bernyawa

cinta hakiki masih di cari
cinta abdi tetap di hati

aku tak nak cari yang sudah mati
seperti Pak Lah
sibuk nak cari Imam Ghazali, Imam Hambali, Imam Syafiee

aku akan jadi imam
itulah tugas khalifah