Monday, April 26

RINDU

TERDENGAR
TITISAN HUJAN MENUSUK
PEDIH DI KALBUKU
BERDEBAR JANTUNGKU
DIRIKU LEMAS DALAM TANGISAN KU SENDIRI

MASA DULU
PERNAH AKU MERASA
BILA KAU KU PERLUKAN
KAU PASTI KU TEMU
TAPI KINI KAU HANYA DIAM KAKU
MEMBISU

RINDU.........
HATIKU RINDU
PADA KEGEMILANGAN
CINTA BAWAH POHON CEMARA

JEMU!
JEMU MENANTIKAN SURIA
OH DENGARKANLAH
LAGU CINTA LAMA

TENGGELAM DALAM PELUKAN RINDU........

Thursday, April 15

Cenderawasih



Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

Monday, April 12

HIJAU BUMI TUHAN

Sekali ku memandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Semusim ia datang keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentang makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang
Abadikan keindahan ini

Sunday, April 4

tak seberapa indah...

abah ku berkata sebelum solat maghrib
"cam ner nak lupakan arwah mak ko ni Led, nak lupa, xleh lupa,
macam nak giler dah"
aku menjawab
"tak yah luper, biar jer, baca quran banyak2, n doakan arwah mak sejahtera selalu"

kemudian aku meletakkan HP ku di tepi tv dan menunggu azan maghrib selesai..
dan terus menjadi imam untuk solat maghrib
tapi dalam hati masih berkata-kata..
"ala Bah, dulu Rasullullah pon sama jgak , takleh lupakan Siti Khadijah,
sampai Aisyah pon jeles,
tapi Rasullullah nikah jugak lepas Khadijah meninggal"
huhuhu