Friday, March 19

PERTAMA DAN SELAMANYA

Apa lagi misteri

Apa lagi mahu mu

Yg bisa ku penuhi

Yg hilang telah ku temui

Yg kabur menjadi pasti masihkah kau tak mengerti

Sentiasa dalam mengenangkan mu

Bagaikan gurun

Rindukan embun

Mungkin kata-kataku hanya akan menjadi senda tawa mu

Namun dalam gurauan tersimpan kebenaran yg pastinya kau ku cinta

Oh kasih berikan segala rindumu

Biar membakar kedinginan malam ini

Biar mewarnakan langit jingga warna warni

Pertama dan selamanya

Kau dalam hati ku

Pertama dan selamanya

Kau ku rindu

Pertama dan selamanya

Dalam hatiku

Pertama dan selamanya…

Kasih

Tiada gunung tak bisa aku daki

Tiada luruh tak bisa ku jejaki

Tiada lg yg tak bisa aku capai

Dengan cinta mu


Saturday, March 13

DI JALAN SESAT


Apakah takdir mimpi ini

Mendatang berulang kali

Berdarah penuh di tanah

Sedang tangan menungkat langit


Apakah yang ku perjuangkan

Apakah yang dipertahan

Apakah mesti aku jadi pahlawan


Oh... Tuhan

Tidaklah aku layak

Untuk SyurgaMu

Namun aku tak berdaya

Menahan panas NerakaMu

Curiga di mata orang

Bagai mentari rembang

Bagaikan aku berdosa

Pada siapa saja

Sedang Tuhan di mana-mana

Melihat semua dosa

Dalam serata usia

Walau ditelan

Segitiga Bermuda

Selalu ku mengulangi

Dosa yang telah ku buang

Diikuti kembali "mengapa begini?"

"Mengapa begini?"

Sedang Tuhan tahu sesiapa

Untuk Neraka untuk Syurga

Aku tak terpaksa memilih Syurga

Demi pengertian pada hukum alam

Dan sesungguhnya aku cinta padaMu Tuhan

Walaupun sesat jalan.

Friday, March 12

hitam itu sudah mula luntur kesuciannya...
hitam hanya akan dikenali sebagai lambang kejahatan...

Saturday, March 6

Seniman Menangis (ii)


Wednesday, March 3

PLASTIK

Zam pernah berkata pada aku selepas bekas kekasihnya nikah…

“ cukup-cukuplah LID, terlalu ramai dah kau kecewakan, sampai bila kau nak terus jadi macam ni, sampai bila kau nak puas hati, sampai bila kau nak kecewakan hati gadis-gadis yang mengharapkan pada kau, sampai bila, aku tahu kau sebenarnya tak pernah redha dengan apa yang dah berlaku dulu, tapi sampai bila?”

Aku hanya tersenyum sambil berkata dengan penuh ke’plastik’an

“aku nyaris nak berubah la ni, lepas mak aku meninggal, aku dah banyak berubah, mungkin dia adalah yang terakhir”